asean food
Sunday, June 20, 2010
Telur Malai Masala
Bahan-bahan:
6 biji telur - rebus
1/2 cawan susu segar
1/2 sudu kecil garam masala
2 labu bawang besar
2 cm halia
2 sudu besar minyak sapi
4 tangkai cili hijau
Daun ketumbar - hiris
Garam
Cara Menyediakan:
1. Kisar cili hijau, bawang besar dan halia. Ketepikan.
2. Pijarkan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga wangi.
3. Masukkan telur dan gaulkan sebati. Masukkan susu dan garam secukupnya. Masak sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan hirisan daun ketumbar.
4. Taburkan garam masala. Enak dimakan bersama capati.
Wednesday, June 16, 2010
Patin Bakar
Bahan-bahan:
1 ekor ikan patin
2 ulas bawang putih
10 ulas bawang kecil
3 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi
3 batang serai
30 gm udang kering
4 cm kunyit hidup
3 helai daun kunyit
Daun pisang atau foil aluminium
Garam dan gula secukup rasa
Cara Menyediakan:
1. Bersihkan ikan.
2. Kisar semua bahan dan lumurkan ke keseluruhan ikan patin.
3. Balut ikan dengan daun kunyit, diikuti daun pisang atau foil. Ikat kemas.
4. Bakar di atas api yang sederhana.
5. Setelah masak, angkat untuk dihidangkan.
Tuesday, June 15, 2010
Sotong Goreng Berperisa
Bahan-bahan:
500 gm sotong
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Bahan Perap:
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk ikan bilis
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 sudu besar perahan halia tumbuk
Bahan Salut:
60 gm tepung beras
60 gm tepung jagung
1 sudu kecil serbuk ikan bilis
1/2 sudu kecil lada sulah
Cara Menyediakan:
1. Bersihkan sotong dan potong lebar 1 cm tebalnya, kemudian keringkan dengan tisu dapur.
2. Gaulkan sotong dengan bahan perap dan perap selama sejam. Tuskan airnya dan golek ke dalam campuran bahan salut.
3. Goreng dalam minyak yang benar-benar panas hingga kekuningan. Alihkan ke pinggan dan hidangkan bersama campuran sos cili dan tomato.
Daging Rempah Bergajus
Bahan-bahan A:
1 kg daging - potong lebar
Kisar halus:
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah
2 tangkai cili hijau
3 cm halia
Bahan-bahan B:
5 sudu besar rempah beriani
2 sudu besar madu atau gula merah
5 sudu besar sos tomato
1/2 cawan susu cair
Bahan-bahan C:
(Dipotong panjang)
2 tangkai daun sup
3 tangkai daun pudina
1 tangkai daun ketumbar
Bahan-bahan D:
Badam, gajus, kismis dan bawang goreng untuk hiasan
Bahan-bahan E:
1/2 cawan minyak
3 ulas bawang merah - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
5 cm kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan E. Kacau hingga kekuningan dan masukkan bahan-bahan A dan B. Kacau hingga daging empuk dan rempah pecah minyak.
2. Akhir sekali masukkan bahan-bahan C. Kacau dan angkat.
3. Ketika menghidang, hiaskan dengan bahan-bahan D.
Ayam Kicap Bawang Goreng
BAHAN-BAHAN:
1 kg ayam - potong kecil
1 1/2 cawan bawang goreng
1/2 cawan kicap manis
4 cawan air
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 tangkai daun kari
BAHAN KISAR:
1 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
5 cm halia
3 batang serai
15 tangkai cili kering
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar ketumbar
3 biji tomato
Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak, dan tumis daun kari bersama bahan kisar hingga kering dan naik bau.
2. Setelah itu masukkan ayam, dan tuangkan, sos, kicap dan air.
3. Biarkan ia mereneh. Bubuhkan sedikit garam dan gula.
4. Biarkan ayam masak. Setelah ayam empuk dan kuahnya kering, tuangkan bawang goreng.
5. Dengan segera gaul rata dan biarkan sebentar.
6. Kuahnya boleh juga basah ataupun kering.
Dalca Daging Dengan Pisang Dan Mangga
Bahan-bahan:
500 gm tulang daging - bersih dan tuskan
2 bungkus rempah kari daging
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk kunyit
50 gm kacang dal - direbus hingga hancur dan kering
5 cawan santan - daripada sebiji kelapa
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm halia
3 biji ubi kentang - kupas dan belah 4
2 biji terung bulat - belah 4
3 biji pisang - dibuang kulit luar dan kerat 4
3 biji mangga - dipotong-potong
1 batang lobak merah - kupas, belah 2 dan dipotong kecil
5 batang kacang panjang - dikerat 3 cm
2 biji tomato - belah 2
3 tangkai cili hijau - belah dua tidak putus
1 tangkai daun sup - kerat 2 cm
1 tangkai daun bawang - kerat 2 cm
5 keping asam gelugur
2 sudu besar minyak sapi
1/4 cawan minyak masak
Garam secukup rasa
Bahan-bahan tumis:
5 ulas bawang merah - mayang
3 ulas bawang putih - mayang
2 cm halia - mayang
2 tangkai daun kari
1 helai daun pandan - disimpul
6 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
1/4 sudu kecil jintan manis
Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak masak dan minyak sapi di dalam periuk, kemudian masukkan bahan-bahan tumis. Kacau hingga rata dan bila bawang garing sedikit, masukkan bahan-bahan kisar, rempah kari daging, serbuk jintan manis, serbuk ketumbar, serbuk cili dan serbuk munyit. Kacau dari semasa ke semasa sehingga pecah minyak.
2. Masukkan daging dan dua cawan air. Kacau hingga rata dan biarkan mendidih hingga daging empuk (tambah air jika daging kurang empuk).
3. Masukkan santan, ubi kentang, terung dan lobak merah dan kacau rata. Biarkan mendidih sehingga kentang empuk.
4. Masukkan pisang, mangga, asam gelugur, kacang dal dan garam, kemudian kacau.
5. Bila mendidih, masukkan kacang panjang. Biarkan mendidih sekali lagi baru dimasukkan tomato, cili hijau, daun sup dan daun bawang. Kacau dan angkat.
Daging Gulai Darat
Bahan-bahan
300 gm daging - potong kiub
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/4 cm kunyit
1/4 cm lengkuas
2-3 keping asam gelugur
2 cawan santan
Garam, gula dan serbuk perasa
250 gm kacang panjang - potong 2 cm
3 tangkai cili hijau - belah dua
1 sudu besar ketumbar - sangai dan tumbuk halus
1 sudu besar cili kisar
Cara Menyediakan:
1. Bawang merah, bawang putih, kunyit dan lengkuas dikisar halus.
2. Satukan bahan kisar bersama daging, santan, cili kisar dan asam gelugur. Masak hingga mendidih.
3. Masukkan ketumbar, garam, gula dan serbuk perasa. Biarkan di atas dapur hingga daging empuk.
4. Sebelum diangkat, masukkan kacang panjang serta cili hijau dan balik-balikkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)