TRANSLATOR
English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Related Posts with Thumbnails

Wednesday, June 9, 2010

Sotong Szechuan


Bahan-bahan:

500 gm sotong - dibersihkan
2 ulas bawang putih - dicinang
6 tangkai cili kering - potong dua
1 batang saderi - potong serong
1 labu bawang besar - belah lapan
1 sudu besar kicap sotong
2 sudu besar kicap hoisin
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara Menyediakan:

1. Sotong dipotong melintang dan dikelar isinya.

2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili kering dan kacau hingga garing.

3. Masukkan sotong, kicap hoisin, kicap pekat, sos tiram dan kicap manis. Kacau hingga rata dan biarkan hingga sotong empuk.

4. Masukkan batang saderi, bawang besar, garam, gula dan serbuk perasa. Kacau hingga rata dan angkat. Hidang semasa masih panas.

No comments:

Post a Comment