TRANSLATOR
English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Related Posts with Thumbnails

Wednesday, June 9, 2010

Lapis Nyonya Kacang Merah


Bahan A:

1 bungkus tepung beras
2 sudu besar tepung gandum
1 liter air
1/2 liter santan

Bahan B:

200 gm kacang merah - direbus
Sedikit pewarna merah

Bahan C:

500 gm gula halus
1 liter air

Cara menyediakan:

1. Bancuh kesemua bahan A hingga sebati, ketepikan.

2. Sementara itu panaskan bahan C hingga mendidih kemudian masukkan ke bahan A.

3. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Satu bahagian diwarna dengan warna asal, satu bahagian warna merah, manakala satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan kacang merah yang telah direbus.

4. Sediakan loyang, tuangkan sedikit adunan warna merah, kukus hingga separuh masak.

5. Tuang sedkit adunan warna asal, kukus lagi separuh masak, dan lakukan proses yang sama.

6. Untuk bahagian tengah, tuang habis adunan yang bercampur kacang merah dan kukus separuh masak.

7. Tuang adunan warna merah dan kukus separuh masak sebelum dituangkan adunan asal. Lakukan proses yang sama sehingga kesemua adunan habis.

No comments:

Post a Comment