BAHAN-BAHAN:
400 gm sotong
10 tangkai kacang kelisa
100 gm kerisik
5 biji limau kasturi
10 tangkai cili padi
2 tangkai cili merah
2 labu bawang besar
CARA MENYEDIAKAN:
1. Sotong dipotong nipis dan direbus, kacang kelisa, cili padi, cili merah dan bawang dihiris nipis. Satukan kesemua bahan-bahan ini.
2. Gaulkan dengan kerisik, perahan limau kasturi dan garam secukup rasa.
Pesan Saji : Kacang kelisa juga disebut sebagai kacang botol dan mengandungi banyak protein, kalsium, besi dan vitamin A.
No comments:
Post a Comment