Wednesday, June 9, 2010
Sambal Sotong Tahi Minyak
BAHAN-BAHAN:
200gm sotong kering - dipotong kecil dan direndam semalaman
5 sudu besar tahi minyak
1 cawan cili kering - kisar
Minyak masak secukupnya
2 batang serai
1 helai daun kunyit - hiris halus
5 helai daun limau purut
1 cawan air
5 biji belimbing buluh - hiris nipis
3 sudu besar gula
Garam secukupnya
BAHAN KISAR BASAH:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 cm belacan melaka
CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan minyak di dalam kuali, dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan cili tumis hingga pecah minyak, kemudian masukkan tahi minyak, tumis sebentar.
3. Masukkan pula air dan sotong. Masak hingga sambal pekat dan sotong lembut. Masukkan pula bahan yang dihiris, gula dan garam secukupnya.
PESAN SAJI:
Untuk membuat tahi minyak, masak santan hingga menjadi pekat sambil dikacau atas api yang kecil. Sekiranya kuali menjadi hitam dan tahi minyak masih putih lagi, tukar kuali dan bolehlah ditambah sedikit minyak tapi jangan ditinggalkan dan terus dikacau hingga kekuningan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment